Perkhidmatan Rawatan Spiritual (Gangguan Sihir/Jin/saka dll)

April 6th, 2010
by Pendekar Seri

www.gayongmaarifatgroup.com

PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA’ARIFAT MALAYSIA

PUSAT RAWATAN PANJI ALAM (HQ)
NO.49, JLN SM3, TMN SUNWAY BATUCAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR

Perkhidmatan rawatan PUTRA adalah berasaskan ayat-ayat ruqyah/syifa’ dan gabungan gelombang/aura.

Perkhidmatan rawatan bagi masalah gangguan sihir, jin, masalah rumahtangga, masalah tenaga batin, masalah percintaan, menarik rezeki dan sebagainya.

Perkhidmatan terapi bagi menguatkan semangat, menaikkan seri wajah, mengembalikan aura positif dan kaedah menangani stress mengikut terapi yang telah ditetapkan.

Merupakan teknik perawatan dan perubatan yang diasaskan oleh Datuk Dr. Shamsulazam Al-Qadiri. Tidak bertentangan dengan syarak, tidak menggunakan bantuan jin atau ilmu-ilmu yang bertentangan dengan Islam.

Ibupejabat:-

UstazFaizal017-2302140

Datuk Nizam 012-9509258

Tuan Fairos 013-4495836

Tuan Saiful 017-9853765

Cawangan Klang City Square:-

Datuk Rahmat 012-7455808

Datuk Zainudin 012-2391730

Cawangan Sabah:-

Datuk Redzuan 012-6974696

Datuk Nizam 012-9509258

Tuan Hider 017-2571123

Cawangan Melaka Plaza Mahkota Fasa 2:-

Tuan Adib 012-3536720
Tuan Fairos 013-4495836
Tuan Asmi 019-2142178

Cawangan Pulau Pinang (Seberang Jaya):-

Tuan Hairulddin 019-9453479/014-2114408

Cawangan Bersekutu Kota Bharu, Kelantan:-

Datuk Nahza 013-9683786

Cawangan bersekutu N.Sembilan

Tuan Yamin 019-3227397

Cawangan Bersekutu Ipoh, Perak

Ustaz Azhar 017-5072026


Kami menggunakan teknik rawatan berasaskan ayat-ayat syifa’(Al-Quran) dan aplikasi aura dan gelombang. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan wakil-wakil kami diatas.

Tags: , , , , , ,
Posted in Uncategorized | Comments (0)

Hadiah Untuk Seridewi

March 2nd, 2010
by Pendekar Seri

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Cinta Agung

February 19th, 2010
by Pendekar Seri

Aku Tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta agung
Aku pun mahu mencintai Mu
Aku tahu mencintai Mu adalah perlu

Ia kemuncak dari pada segala kebahagiaan
Aku berusaha ke arah itu
demi cintaku pada Mu Tuhan selalu terganggu

Oh banyaknya datang mengganggu
Nafsu ku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Di waktu itu lupaku pada Mu

Cinta ku jauh sekali
Sekali sekala datang juga
walaupun sedikit terasa indahnya
kemudian lupa lagi……..

Adakalanya lupaku pada Mu
berpanjangan sekali…
kemudian sekali sekala sedar kembali
Engkau Cinta Agung….

Engkau patut dicintai
Selepas itu ku lupa lagi
Begitu cintaku kepada Mu Tuhan
dengan kelalaian silih Berganti

Oh Tuhan
Dengan hati yang sedih ini
tolonglah aku dengan rahmat Mu
Bantulah aku mencintai Mu
agar cinta yang palsu terbunuh sendiri….

Coretan Hati:-
Ya Rabbi…Ya Rabbi….
Aku tunduk dan sujud pada qudrat dan iradat Mu
Aku lemah Ya Allah….
Aku lemah Ya Allah….

hidup ku…matiku…ibadatku…keranaMu Ya Allah.Cinta Agung

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Wanita? Perempuan? Muslimah? Srikandi?

February 19th, 2010
by Pendekar Seri

Bermula dengan syahadah dan lafaz basmallah…

Wanita, perempuan, isteri, muslimah dan srikandi merupakan istilah-istilah yang merujuk kepada ciptaan Allah swt yang satu. Walau apapun istilah yg digunakan ia tetap merujuk kepada perempuan. Namun kepelbagaian istilah itu menunjukkan ‘Perempuan’ boleh membentuk jati dirinya kepada ciri-ciri tertentu. Seorang perempuan yang ingin menjadi muslimah sejati pasti akan membentuk dirinya mengikut ciri-ciri kehendak Islam. Seorang perempuan yang ingin menjadi wanita sejati pasti memenuhi dirinya dengan kehendak-kehendak kewanitaan, begitu juga dengan seorang perempuan yg ingin menjadi seorang ibu, ciri-ciri keibuan mestilah dipupuk dlm dirinya….dan perempuan yg baik itu apabila dia melengkapkan dirinya dengan semua ciri-ciri tersebut

Tetapi…seorang perempuan yang memilih jalan menjadi Srikandi GM perlu melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri muslimah, wanita, ibu, wanita dan yg terpenting jati diri seorang pejuang. Hati seorang pejuang di jasad seorang lelaki takkan sama dengan hati seorang pejuang di jasad seorang wanita.

Lelaki perjuangannya mengejar jihad dan syahid. Wanita perjuangannya ialah maruah diri, suami, anak-anak dan keluarga. Benarkah?

Andai dipilih jua jalan perjuangan utk bersama-sama mengejar jihad dan syahid…maka di mana pula letaknya anak-anak dan keluarga?

Ada seseorang pernah mengatakan bahwa menjadi seorang srikandi tidak boleh mempunyai keluarga. kerana jalan perjuangannya ialah pergi, meninggalkan, dan hilang. Benarkah?

Naluri seorang wanita, ibu dan muslimah itu sentiasa ada dlm diri seorang srikandi. Itu fitrah.

Maka, apakah jalan perjuangan sebenar seorang Srikandi GM?

Posted in Uncategorized | Comments (1)

Perhimpunan Seni Beladiri Pahang 2010

February 9th, 2010
by Pendekar Seri

Tags: , , , ,
Posted in Uncategorized | Comments (0)

Kanda Raden & Dewi Seri Ratu

January 26th, 2010
by Pendekar Seri
Petala Alam & Seri Dewi

Raden Aria Persanta & Seri Dewi

Posted in Uncategorized | Comments (2)

Sejarah Pembabitan Persilatan

January 26th, 2010
by Pendekar Seri

Awal permulaan persilatan, Seri diajar untuk menjadi seorang pendekar berjiwa Lincah. Belajar dibawah Perguruan Lincah di Negeri Perak. Di bawah Perguruan Lincah jugalah Seri mewakili daerah ke Sukan Perak pada tahun 2005 dan 2007 dalam Silat Olahraga dan Silat Seni Solo.

Kemudian apabila melanjutkan pelajaran di Sungai BUloh, saya bersama-sama Cik Nur Arzira bersama-sama membangunkan pula Kelab Seni Gayung Fatani di KSKB di bawah ajaran dan latihan gurulatih yang dikenali iaitu Cikgu Halim. Bersama Seni Fatani seri dididik dengan keindahan seni persilatan melalui gerak seninya. Seri kira Fatani antara silat yang cantik gerak tarinya. Dalam tarinya terselindung pelbagai rahsia.

Perjalanan diteruskan apabila pelbagai persoalan dan pertanyaan bersarang dalam diri….akhirnya ditemukan dengan Gayong Ma’arifat pada tahun 2009. Diperkenalkan oleh Saudara Hafiz dari Gelanggang Pagar Ruyong, KLIA.

Maka disini Seri berdiri, dibawah payung dan gagasan Gayong Maarifat yang membawa seri terus berjalan dan terus melangkah. Disini Seri dididik dengan pelbagai ilmu hati dan kehidupan.

Terima kasih yang amat sangat terutamanya kepada Guru Utama TKS Datuk Dr Azam Al-Qadiri, warga Bukit Tinggi terutamanya Temenggung (Datuk Lela Perkasa), Datuk Gempita Alam, Barisan Skuad Elit, rakan-rakan terutamanya Pendekar Pangiran, Pendekar Azizan, Pendekar Wan, Pendekar Zulfazly, Pendekar Miroi, Pendekar Hasan dan buat insan tersayang serta teristimewa Kanda Raden Aria Persanta (Datuk Panglima Petala Alam) yang mengutip seri, mendidik, mengajar dan menyayangi seri bukan sahaja sebagai seorang anak murid yang baru bertatih didalam GM tetapi juga sebagai ratu hati.

Memahami perjalanan GM bermakna memahami dan membawa pengertian syahadah di dalam perjalanan.

Ujian, dugaan dan rintangan yang dihadapi adalah kaedah penyucian, pembersihan dan proses muhasabah hati, jiwa dan diri bagi mendekatkan kita pada Dia yang satu.

Insyaallah, selagi diperjuangkan syahadah, selagi itu jiwa dan jasad ini akan berbakti untuk GM….

KSGF KSKB

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Demi jiwa insan ini

January 26th, 2010
by Wira Agung AriaPersanta
Putra Amirul Zulfikar

Putra ready made bagi Seri Dewi

Posted in Uncategorized | Comments (0)

Hati Seorang Pendekar

January 20th, 2010
by Pendekar Seri

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim….
Bermula dengan Syahadah…
Berakhir dengan Syahadah…

Ditabalkan sebagai Pendekar Setia adakalanya menjadi idaman bagi sesetengah anak buah Perguruan Gayong Ma’arifat. Malah mengimpikan lebih dari itu, untuk menjadi salah seorang Orang-Orang Dewan Perguruan dan Adat Istiadat. Bergelarnya diri sebagai Pendekar Setia merupakan ujian dan dugaan hati yang membawa jasad bergelar itu. Ujian ketabahan hati, ujian keteguhan pendirian, ujian kekentalan semangat tatkala keseorangan di lambung lautan, dihempas badai dan dipukul ombak. Yang ada bersama dia cumalah bekalan ilmu Syahadah yang dipegang oleh ahli yang sebenar-benar ahli Perguruan Gayong Ma’arifat. Bergelar Pendekar Setia bukan sekadar bangga dengan panggilan Pendekar Setia itu pada tubuh badan diri. Tapi bergelarnya tubuh badan itu dengan Pendekar Setia bermakna dia seharusnya mempersiapkan jasadnya selayaknya sebagai seorang Pendekar dan mempersiapkan hatinya supaya betul-betul menjadi seorang yang setia. Maka istilah Setia disini menjadi banyak titik persoalan dan ujian bagi Pendekar-Pendekar Setia apabila berhadapan dengan pelbagai ujian samada tercampak di padang pasir yang tandus, kering tanpa sebarang tumbuhan, air malah makhluk. Ataupun tercampak di atas kapal yang dilanda ribut dan badai. Atau mungkin tersesat ketika mengembara di dalam hutan belantara. Mungkin jua asyik terlena ketika bercanda mesra di mana-mana. Terujilah gelaran Pendekar Setia itu adakah dirinya benar-benar seorang Pendekar dan jua seorang Pendekar Setia untuk meneruskan apa yang diperjuangkan oleh Perguruan Gayong Ma’arifat.

Sejauh mana perjalanan diri, adalah ukuran sehampir manakah diri dengan Dia?
Setinggi manakah mendaki, adalah ukuran sedekat manakah diri dengan Dia?
Dia adalah cinta agung. Memperjuangkan cinta kita pada-Nya, dan mengajak yang lain untuk sama-sama mencinta Dia. Sama-sama tenggelam dan hanyut dalam asyik rindu dan kasih pada Dia. Subhanallah! Alhamdulillah!Allahuakbar! Hati Seorang Pendekar Setia adalah memperjuangkan Syahadah!

Posted in Uncategorized | Comments (8)